MURTAD !
  • # / > Logged In..
  • # / > Identify Unknown..
  • # / > Access Granted..
  • Mulakan Hari Anda Dengan Berdoa..:p
    Azim Abas

  • Politeknik Seberang Perai
    Tajuk : Bab Tujuh (KAEDAH KEDUA)

YAKINLAH PADA DIRI !!!

ANDA PASTI AKAN BERJAYA DI DUNIA DAN AKHIRAT

Bab 7 (KAEDAH KEDUA)

TAJUK :

KAEDAH FIQH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN (KAEDAH KEDUA)

==================================================================================

KAEDAH KEDUA :

KEYAKINAN TIDAK BOLEH DISINGKIRKAN DENGAN SYAK

==================================================================================

KAEDAH KEDUA

Keyakinan Tidak Boleh Disingkirkan Dengan Syak

الْيَقِينُ لَا يُزَالُ بِالشَّكِّ
"Keyakinan Tidak Boleh Disingkirkan Dengan Syak"

Maksudnya ialah sesuatu perkara yang tidak diyakini berlaku atau tidak berlaku , maka sebarang keraguan yang datang kemudian untuk meragui keyakinan itu tidak diambil kira. Ia juga bermaksud yang asal dan yakin itu tidak boleh ditinggalkan hukumnya disebabkan oleh syak dan ragu-ragu. Daripada kaedah ini, sekiranya seseorang yang telah meyakini perkara dan ditetapkan hukum terhadapnya, kemudian ia berlaku syak atau ragu-ragu terhadap kehilangan yakin tersebut, sama ada telah dihilangkan atau belum hilang, maka keyakinan yang asal itu tidak dapat dihilangkan atau dihindarkan kecuali dengan ada keyakinan baru yang dapat menghilangkannya.

Asal kaedah ini dengan berdalilkan hadis, antaranya:

a)Hadis daripada Abu Sa’id al-Khudri yang diriwayatkan oleh Muslim. Nabi bersabda:

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إذَا شَكَّ أَحَدُكُمْ فِي صَلَاتِهِ ، فَلَمْ يَدْرِ كَمْ صَلَّى أَثَلَاثًا أَمْ أَرْبَعًا ؟ فَلْيَطْرَحْ الشَّكَّ ، وَلْيَبْنِ عَلَى مَا اسْتَيْقَنَ.

Jika seseorang kamu ragu-ragu ketika sembahyangnya, ia tidak ingat berapa rakaatkah yang telah dilakukannya: tiga atau empat? Maka ketepikanlah keraguan tersebut dengan keyakinan.

________________________________________________________________ PECAHAN KAEDAH

Kaedah ini menerbitkan pula kaedah-kaedah yang lain.

Antaranya :

الأصل بقأ ما كان على ما كان

Asal Sesuatu Perkara Kekal Mengikut Keadaan Sebelumnya. Kaedah ini menunjukkan kekal sesuatu hukum masa selepasnya atau akhir dengan mengikut sabit hukum pada masa lampau.

Daripada kaedah ini terbentuk beberapa masalah, contohnya:  Barangsiapa yang yakin bersuci kemudian ia syak terkeluar hadas maka dihukumkan dia masih bersuci atau seorang yang yakin berhadas dan ia syak bersuci maka dikira masih berhadas.  Orang yang makan dan minum pada akhir malam dan ia syak tentang naik fajar (subuh) maka puasanya sah sebab asalnya malam masil kekal dan jika ia syak tentang jatuh matahari atau tidak maka terbatallah puasanya sebab yang asal hari siang masih kekal.

الْأَصْلُ بَرَاءَةُ الذِّمَّةِ

Asal sesuatu perkara bebas daripada tanggungjawab. Berlaku kaedah ini memandangkan seseorang manusia pada permulaannya dilahirkan dengan ketiadaan zimmah dari sebarang kewajipan atau tanggungjawab dan keadaan ini berterusan hingga datang ke atasnya sebab-sebab atau faktor yang membawa ia kepada bertanggungjawab terhadap sesuatu perkara. Oleh kerana terlepas daripada tanggungjawab itu merupakan asal dan terikat dengan hak itu adalah perkara yang mendatang, maka tidak diterima dakwaan orang yang mendakwa bahawa seseorang yang lain itu memikul tanggungjawab (melakukan sesuatu perkara) bahkan mestilah ia mendatangkan saksi atau dengan sumpah daripada pihak yang mendakwa. Di antara masalah fekah yang terbit daripada kaedah ini ialah:  Pemberi pinjam barang (pemilik) mendakwa bahawa berlaku kerosakkan pada barang yang dipinjamkannya di dalam tangan orang yang meminjam(peminjam) dan ia menuntut gantirugi barang tersebut, kemudian si peminjam menafikannya, maka dibenarkan penafian peminjam barang.  Pihak yang mendakwa (pendakwa) gagal membawa keterangan terhadap dakwaannya, kemudian orang yang kena dakwa (yang tertuduh) itu diperintahkan supaya bersumpah tetapi ia berdiam sahaja, maka tidak boleh dijatuhkan hukuman ke atasnya kerana asalnya terlepas daripada tanggungjawab.

الْأَصْلُ الْعَدَمُ

Asalnya sesuatu itu tidak ada. Ia bermaksud setiap yang tiada mestilah mendahului ada. Untuk itu maka tiada yang asal itu hendaklah dikembalikan kepadanya, hingga sabit perkara baru yang boleh menghilangkan yang asal itu. Daripada pecahan kaedah ini lahir beberapa hukum dan masalah fekah:  Seseorang yang menggunakan harta orang lain mengatakan bahawa ia diizinkan, tetapi tuan punya barang menafikan dakwaan tersebut. Maka pengakuan pemilik barang yang diterima kerana asal harta orang lain itu tidak mendapat keizinan.  Seseorang menafikan ia melakukan persetubuhan dengan seseorang, maka hendaklah diterima penafiannya, kerana asalnya dan mengikut asalnya tidak ada perhubungan seks.

مَنْ شَكَّ هَلْ فَعَلَ شَيْئًا أَوَّلًا ؟ فَالْأَصْلُ أَنَّهُ لَمْ يَفْعَلْهُ

Sesiapa yang syak adakah ia telah melakukan sesuatu atau belum, maka dianggap ia belum melakukaknnya. Sesiapa yang yakin telah mengerjakan sesuatu perbuatan tiba-tiba timbul keraguan adakah pekerjaan yang telah dikerjakan itu sedikit ataupun banyak, maka ditanggungkan hukumnya di atas yang sedikit kerana pekerjaan yang sedikit itu diyakini. Di antara contoh yang terbit darinya:  Seseorang syak di dalam sembahyangnya adakah ia telah tertinggal sesuatu perkara yang ia kena lakukan di dalam sembahyangnya seperti qunut dan sebagainya, maka hendaklah ia sujud sahwi kerana asalnya ia tiada melakukannya.  Orang yang syak di dalam sembahyangnya tertinggal salah satu daripada rukunnya, maka wajib ia mengulangi rukun tersebut. Begitu juga orang syak ketika berwudhu', maka wajib ia mendatangkan (melakukan) semula perkara yang ia syak itu.  Seorang yang syak adakah ia telah membasuh dua atau tiga kali anggota wudhu'nya maka hendaklah (sunat) ia mengambil yang sedikit iaitu dua kali dan ditambah dengan basuhan yang ketiga.

الْأَصْلُ فِي كُلِّ حَادِثٍ تَقْدِيرُهُ بِأَقْرَبِ زَمَنٍ

Asal bagi tiap-tiap kejadian dikira berdasarkan masa yang paling hampir sekali. Berdasarkan kaedah ini tersebut beberapa hukum, contohnya:  Seseorang yang melihat ada mani pada kainnya padahal ia tidak ingat samada ia bermimpi atau tidak ketika tidur, maka wajiblah ia mandi menurut pendapat yang sahih di sisi mazhab Syafie dan wajiblah ia mengulangi sembahyang yang dilakukannya selepas daripada tidur yang akhir sekali.  Seseorang yang mengambil wudhu' beberapa hari dari satu perigi dan dia sembahyang dengan wudhu' tersebut kemudian dia mendapati tikus mati di dalamnya maka, tidak wajib diqadhakan sembahyangnya kecuali ia rasa yakin berwudhuk dengan air yang najis.

الْأَصْلُ فِي الْأَشْيَاءِ الْإِبَاحَةُ حَتَّى يَدُلُّ الدَّلِيلُ عَلَى التَّحْرِيمِ

Asal bagi sesuatu itu harus hingga ada dalil yang menunjukkan haram.

Kaedah ini lahir berdasarkan hadis daripada Abi Darda’ yang diriwayatkan oleh Bazzar dan al-Tabrani:

{ مَا أَحَلَّ اللَّهُ فَهُوَ حَلَالٌ وَمَا حَرَّمَ فَهُوَ حَرَامٌ وَمَا سَكَتَ عَنْهُ فَهُوَ عَفْوٌ ، فَاقْبَلُوا مِنْ اللَّهِ عَافِيَتَهُ فَإِنَّ اللَّهَ لَمْ يَكُنْ لِيَنْسَى شَيْئًا } أَخْرَجَهُ الْبَزَّارُ وَالطَّبَرَانِيُّ مِنْ حَدِيثِ أَبِي الدَّرْدَاءِ بِسَنَدٍ حَسَنٍ.

Perkara yang telah dihalalkan oleh Allah SWT adalah halal, perkara yang diharamkannya itu adalah haram dan perkara yang didiamkan daripadanya adalah dimaafkan. Maka terimalah kamu kemaafan kerana Allah SWT tidak mungkin lupa terhadap sesuatu.

وَرَوَى الطَّبَرَانِيُّ أَيْضًا مِنْ حَدِيثِ أَبِي ثَعْلَبَةَ { إنَّ اللَّهَ فَرَضَ فَرَائِضَ فَلَا تُضَيِّعُوهَا ، وَنَهَى عَنْ أَشْيَاءَ فَلَا تَنْتَهِكُوهَا ، وَحَدَّ حُدُودًا فَلَا تَعْتَدُوهَا ، وَسَكَتَ عَنْ أَشْيَاءَ مِنْ غَيْرِ نِسْيَانٍ ، فَلَا تَبْحَثُوا عَنْهَا } وَفِي لَفْظٍ { وَسَكَتَ عَنْ كَثِيرٍ مِنْ غَيْرِ نِسْيَانٍ فَلَا تَتَكَلَّفُوهَا رَحْمَةً لَكُمْ فَاقْبَلُوهَا }

Daripada kaedah tersebut terbit beberapa masalah:  Binatang yang tidak jelas atau samar-samar nas tentang haramnya, hukumnya adalah halal dimakan.  Tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan yang tidak diketahui nama dan hukumnya adalah halal dimakan

الْأَصْلُ فِي الْكَلَامِ الْحَقِيقَةُ

Asal di dalam percakapan ialah hakikat. Berdasarkan kaedah ini terbentuk beberapa masalah dan hukum, contohnya:  Seseorang yang mewakafkan atau mewasiatkan sesuatu kepada anak-anaknya tidak termasuk cucunya menurut pendapat yang asah, kerana nama anak pada hakikatnya ialah anak sejati.  Jikalau seseorang itu bersumpah tidak akan membeli, selepas itu ia mewakilkan kepada orang lain supaya membeli, ia tidak wajib membayar kaffarah.

الْأَصْلُ فِي الْأَبْضَاعِ التَّحْرِيمُ

Kemaluan perempuan itu asalnya haram. Berdasarkan kaedah ini lahir beberapa hukum dan masalah, contoh seseorang yang ingin berkahwin dengan perempuan yang dia tidak yakin sama ada perempuan itu mahramnya atau ajnabi, maka haram dia berkahwin dengannya, kerana berdasarkan pengharaman asalnya.

________________________________________________________________ PERBINCANGAN KAEDAH

Kaedah ini menyatakan konsep yang menjelaskan peri pentingnya keyakinan dalam melaksanakan sesuatu perkara . Keyakinan tersebut mestilah berdasarkan sumber yang jelas . Keraguan pula merupakan ilham oleh syaitan dan tiada asas keyakinan yang kukuh. Inilah punca pendirian manusia kerap berubah dan berlakunya pergeseran sesama manusia.

Dalam konteks sains teknologi dan kejuruteraan , kaedah ini menuntut kepada keyakinan kepada ilmu yang dimiliki secara benar . Ilmu yang benar mampu menghasilkan keputusan dan tindakan yang benar dan penuh keyakinan. Gangguan yang datang dengan tawaran kebendaan dan reputasi demi keuntungan duniawi semata-mata.

Oleh yang demikian , para teknorkrat hendaklah berkeyakinan bahawa segala usaha mereka adalah untuk memelihara Maqasid Syar'iyyah iaitu memelihara agama, nyawa , akal , keturunan dan harta. Segala hasil kejuruteraan yang berteraskan maqasid syar'iyyah ini akan mengangkat martabat manusia bagi meningkatkan tahap keselesaan serta menyempurnakan keperluan hidup ini.

MAKLUMAT TENTANG KAMI

DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL

Azim Abas

NAMA PELAJAR :

1.Muhamad Azim Bin Abas ( 10DKM16F1044 )

2.Muhamad Safwan Bin Azmi ( 10DKM16F1004 )

3.Muhammad Arief Bin Mohd Zain ( 10DKM16F1080 )

4.Mohamad Asrul Bin Jaafar ( 10DKM16F1092 )

5.Muhammad Aimie Bin Puzi ( 10DKM16F1095 )

NAMA PENSYARAH :

| Encik Abdul Hadi Bin Abu Bakar |

-=|Politeknik Seberang Perai|=-

Partner :

Special Thanks to: | Azim | Asrul | Safwan | | Arief | |Aimi |

PENDAHULUAN

Bab 7 (Kaedah Kedua)

Assalamualaikum W.B.T.Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat kami menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya mengikut masa yang ditetapkan.Dalam mendalami dan mempelajari ilmu dalam mata pelajaran Sains,Teknologi & Kejuruteraan Dalam Islam,kami telah dapat mempelajaridan mengetahui serba sedikit berkaitan tentang cara-cara untuk membina sebuah log di laman sesawang.Dengan menggunakan blog,kami dapat menjimatkan masa untuk menulis kerja kursus ini.Selain daripada itu,kami juga dapat menjimatkan kos mencetak,membeli kertas,dakwat pencetak dan sebagainya.Ternyata dengan wujudnya teknologi seperti ini,kami sebagai pelajar boleh menggunakan dan mengaplikasikannya dalam menyebarkan agama Islam kepada seluruh dunia.

Dalam melaksanakan kerja kursus ini yang telah diberikan oleh pensyarah kami iaitu Encik Abdul Hadi Bin Abu Bakar ,kami teah membuat keputusan untuk membuat artikel yang bertajuk Kaedah Fiqh dalam Sains Teknologi dan Kejuruteraan (Kaedah Kedua).Pada pendapat kami,Sains Teknologi dan Kejuruteraan tidak boleh dipisahkan dengan bidang ilmu dalam Islam.

Semasa menyiapkan tugasan yang diberikan,kami telah dibahagikan kepada tugas masing-masing bagi mmpercepatkan proses menyiapkan tugasan yang telah diberikan.Antaranya ialah mencari maklumat,sebagai editor blog,sebagai pencetus idea 1 dan 2 serta kepada hasil tugasan kami ini.Alhamdulillah kami dapat melaksanakan tugasan yang diamanahkan dengan baik dan jayanya.Ribuan dan jutaan terima kasih kepada ahli kumpulan kami yang telah memberikan kerjasama yang amat baik dan bertungkus lumus serta bersengkang mata bagi menyiapkan tugasan ini dengan teratur mengikut masa yang telah diarahkan oleh pensyarah kami.Diharapkan agar kami semua dapat memberikan kerjasama yang lebih baik dan memberikan komitmen sepenuhnya untuk tugasan yang bakal diberikan oleh pensyarah kami pada masa akan datang.

Sebagai penutup bicara akhir,diharapkan agar tajuk yang kami kongsikan dan bincangkan di dalam blog ini dapat memberikan iktibar,pengajaran dan manfaat yang sangat berguna kepada kita terutamanya golongan yang beragama Islam.Kita digalakkan untuk mengamalkan dan mempraktikkannya dalam kehidupan seharian kita sebagai umat Islam supaya tidak terpesong dari akidah Islam yang sebenar dan mempunyai jati diri yang teguh untuk terus mendalami,mempelajari dan memahami ilmu agama Islam secara menyeluruh pada masa kan datang.

PENGHARGAAN

Keyakinan Tidak Boleh Disingkirkan Dengan Syak

Syukur ke Hadrat Allah SWT dan segala puji-pujian ke atas-Nya kerana dengan rahmatnya,projek blog ini akhirnya berjaya disempurnakan. . Selain itu, terima kasih juga kami ingin ucapkan kepada pensyarah subjek kami iaitu Encik Abdul Hadi Bin Abu Bakar yang banyak mendorong kami dalam subjek Sains Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam.

Di samping itu, penghargaan dan terima kasih juga ditujukan pada ahli keluarga kami yang banyak membantu kami dalam hal kewangan dan tenaga untuk membantu kami menyiapkan projek blog ini. Tidak dilupakan juga teman-teman yang banyak membantu dan tidak jemu memberikan tunjuk ajar kepada kami. Projek blog ini juga telah menjadikan salah satu daripada proses mengulangkaji bagi kami, dan kami berharap pencapaian kami dalam mata pelajaran ini akan bertambah baik. Semoga projek blog seperti ini akan terus dijalankan untuk masa akan datang bagi memantapkan dan meningkatkan lagi pengetahuan pelajar tentang Sains Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam.

Akhir kata, sekali lagi ingin kami ucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menghasilkan projek blog ini. Kami juga menyusun sepuluh jari memohon kemaafan seandainya terdapat sebarang kesalahan yang tidak disengajakan di dalam projek blog ini. Sekian, terima kasih.

Politeknik Seberang Perai

Code by coding
Thanks to Allah
Credits to our Lecturers